25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM terima kad laporan 100 hari menteri Kabinet

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMUA Menteri Kabinet hari ini mengemukakan laporan pencapaian kementerian yang diterajui mereka dalam tempoh 100 hari, sempena Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada sesi Hari Kad Laporan yang diadakan di bangunan Parlimen di sini, beliau dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali menerima kad laporan daripada seluruh kementerian.

“Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada semua di atas kerjasama yang diberikan.

“Seperti yang sering saya tekankan sebelum ini, setiap Kementerian mestilah mengekalkan prestasi kerja yang tinggi setiap masa.

Advertisements

“Rakyat sentiasa menilai sama ada sasaran yang diletakkan kepada setiap menteri berjaya dicapai ataupun tidak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Video sesi pertemuan dan penyerahan kad laporan itu turut dimuat baik di Facebook beliau.

Ketika mengumumkan pelantikan anggota Kabinet 27 Ogos lalu, Perdana Menteri menetapkan setiap menteri perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama perkhidmatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan