27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Pasukan Cantas Khas pantau samseng PRN – Polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

IBU Pejabat Polis Bukit Aman mengerahkan 32 Pasukan Cantas Khas untuk mengesan dan mengagalkan cubaan sebarang bentuk kegiatan gengster atau samseng dicetuskan mana-mana pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Memetik laporan Utusan Online, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, seramai 238 pegawai dan anggota terlibat dalam pasukan tersebut, termasuk 128 dari Bukit Aman dan 110 kakitangan dari kontinjen negeri seluruh negara.

“Pasukan ini ditubuhkan bagi mencantas mana-mana cubaan gengsterisme sama ada individu mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengganggu perjalanan PRN Melaka.

“Walaupun berdasarkan maklumat setakat ini, tiada unsur-unsur sedemikian diperoleh, polis tidak mengambil mudah suasana tenang ini sehingga selepas proses pilihan raya,” katanya dalam sidang akhbar sempena Op PRN Melaka 2021 di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang hari ini.

Baca juga:   PN yakin rakyat Melaka buat pertimbangan bijaksana

Yang hadir sama Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali dan Timbalannya, Datuk Razali Abu Samah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keberkesanan pasukan itu juga dapat dilihat dalam pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang, Johor pada 2011.

“Pada waktu itu, kita dapati pasukan ini cantas lebih awal elemen-elemen gengsterisme dalam suasana pilihan raya.

“Pasukan ini turut terdiri daripada detektif dari Bukit Aman yang berpakaian preman atau beruniform penuh untuk memastikan keselamatan awam,” jelasnya.

Baca juga:   Pengundi PRN Melaka dinasihat keluar lebih awal

-EDISI9

Wartawan

Terkini

13 MP Bersatu dilantik ketuai portfolio

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu dilantik mengetuai portfolio bagi meneliti, mengkaji dan menjuarai isu-isu membabitkan kementerian berkaitan. Pelantikan ketua-ketua portfolio...

Lagi Artikel Berkaitan