25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Malaysia terima kemasukan pengembara ambil vaksin Covaxin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA menerima kemasukan pengembara yang mengambil suntikan vaksin COVID-19 Covaxin keluaran India.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun negara tidak menggunakan vaksin itu memandangkan bekalan vaksin mencukupi namun dari segi pengiktirafan, Malaysia menerima mana-mana pengembara yang mengambil vaksin berkenaan.

“Malaysia ucapkan tahniah kepada India kerana berjaya hasilkan vaksin buatan sendiri. Apabila (vaksin) telah mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita anggap kita perlu terimalah walaupun kita tidak guna di Malaysia kerana bekalan vaksin kita masih mencukupi,” katanya, lapor Bernama.

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Rabu lepas WHO meluluskan vaksin Covaxin yang dibangunkan pengeluar ubat-ubatan India, Bharat Biotech bagi kegunaan darurat. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan