24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jambatan baharu Kampung Setol di peringkat perolehan

Mesti Baca

PROJEK pembinaan jambatan baharu di Kampung Setol, Yan, Kedah bagi menggantikan jambatan lama yang runtuh akibat bencana banjir lumpur pada 18 Ogos lalu, kini berada di peringkat perolehan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, untuk sementara waktu, sebuah jambatan Bailey sedang dalam proses pembinaan sebagai alternatif bagi kemudahan penduduk.

“Selepas selesai proses tender, barulah jambatan baharu akan dibina. Bagaimanapun proses itu sudah tentu akan mengambil masa juga kerana melalui proses rekabentuk dan sebagainya.

“Jadi kita putuskan untuk membina Bailey Bridge bagi memberi kemudahan kepada penduduk,” katanya selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sanjungan Budi KEMAS Peringkat Negeri Kedah di Dewan Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah hari ini.

Pada majlis itu, seramai 102 pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menerima anugerah tersebut.

Manakala 51 pesara dan bakal pesara Pegawai dan kakitangan KEMAS juga diraikan.

Advertisements

Khamis lalu, lebih 500 penduduk di Kampung Pauh dan Kampung Setol menggesa kerajaan agar segera membina jambatan baharu demi kemudahan penduduk di situ.

Menurut penduduk terlibat, kemusnahan jambatan lama menyebabkan mereka terpaksa menggunakan laluan alternatif yang jaraknya dua kali ganda berbanding sebelum ini.

Mengulas lanjut Mahdzir berkata, selain projek jambatan tersebut, kerja-kerja baik pulih yang lain di kawasan daerah itu tetap berjalan.

KPLB katanya telah menyediakan peruntukan berjumlah RM3 juta bagi pembaikan dan pemulihan kawasan yang dilanda bencana itu.

“Antaranya pemulihan jalan kampung, pemulihan surau serta kubur,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan