25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

2 kes sub-varian Delta AY.4.2 dikesan babit pelajar Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA kes pertama Covid-19 sub-varian Delta AY.4.2 dikesan di negara ini melibatkan kes import iaitu pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom (UK) pada 2 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mereka masuk melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan telah menjalani ujian RT-PCR serta didapati negatif untuk SARS-CoV-2 bagi sampel pertama.

“Bagaimanapun keputusan tersebut positif apabila diuji pada sampel kedua yang diambil pada 7 Oktober semasa dalam tempoh kuarantin.

Advertisements

“Sampel-sampel ini telah menjalani penjujukan genom penuh di UKM Medical Molecular Biology (UMBI-UKM) dan laporan keputusan telah dikeluarkan pada 30 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, varian AY.4. adalah salah satu lineage Delta dan pada masa ini terdapat lebih dari 75 jenis lineage berasal daripada varian tersebut.

Tambah beliau, vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap varian ini dan langkah-langkah seperti kuarantin, pengujian dan sebagainya yang dijalankan dapat membantu mengurangkan risiko penularan varian ini di Malaysia terutama di PMA. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan