31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

AMRDPE tumpu pelan basmi kemiskinan ASEAN 2021-2025

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT Menteri-Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN (AMRDPE) Ke-12 hari ini secara atas talian menumpukan kepada perbincangan mengenai kerang tindakan bagi pembasmian kemiskinan ASEAN bagi Pembasmian Kemiskinan ASEAN Tahun 2021 hingga 2025.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Filipina dan telah dihadiri oleh Menteri/ Timbalan Menteri yang berkaitan dengan pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan negara-negara ASEAN.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang mewakili Malaysia dalam ucapannya telah menekankan mengenai peranan pembangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam memacu pembangunan luar bandar pasca COVID-19.

“Penekanan akan diberikan untuk memulihkan semula aktiviti ekonomi luar bandar yang terjejas teruk akibat langkah-langkah yang telah diambil untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19.

“Selain itu, perhatian juga akan diberikan untuk memperkukuh kepimpinan kampung serta pembangunan belia dan wanita luar bandar bagi meningkatkan keterlibatan dalam perancangan dan pembangunan kampung masing-masing,” katanya.

Baca juga:   KPLB anjur Program 'Outreach' Keusahawanan di Padang Terap

Tambah Abdul Rahman, Malaysia juga berharap kerjasama dalam bidang pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan di kalangan negara ASEAN akan terus diperkukuh pada masa akan datang dengan pelaksanaan aktiviti berimpak tinggi termasuklah dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan pihak swasta.

Mesyuarat berkenaan merupakan susulan daripada Mesyuarat Pegawai Kanan Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Ke-18 (The 18th Senior Official Meeting on Rural Development and Poverty Eradication-18th SOMRDPE) dan Mesyuarat Pegawai Kanan Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Campur Tiga Ke-14 (The 14th ASEAN + 3 SOMRDPE) yang telah diadakan pada 23 dan 24 November 2021 yang lalu.

Baca juga:   RM80 juta peruntukan elaun JKKK Sarawak - Mahdzir

Tema mesyuarat pada kali ini ialah Accelerating Recovery and Strengthening Resiliency of ASEAN for Sustainable Rural Development and Poverty Eradication” yang memberi penekanan kepada usaha-usaha bagi mempercepat pembangunan semula kawasan luar bandar dan peningkatan langkah-langkah pembasmian kemiskinan pasca COVID-19.

Mesyuarat 12th AMRDPE tersebut juga antara lain telah membincangkan mengenai pembangunan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar ASEAN. Mesyuarat Menteri-Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Ke-13 dijangka akan diadakan di Singapura pada tahun 2023.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan