26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Hampir semua negeri catat peningkatan kes Covid-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HAMPIR semua negeri menunjukkan peningkatan kes Covid-19 kecuali Perlis, Sarawak dan Sabah susulan kebenaran merentas negeri yang dilaksanakan 11 Oktober lalu.

Perkara itu didedahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini.

Beliau berkata, negeri-negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Kelantan dan Labuan pula menunjukkan kadar pengisian katil bukan Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus.

“Tujuh negeri lain iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Terengganu dan Kelantan menunjukkan kadar pengisian katil ICU melebihi 50 peratus,” katanya lapor Kosmo Online.

Berhubung pesakit yang menerima rawatan di fasiliti kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah pesakit Covid-19 kategori 3 hingga 5 dalam kalangan kumpulan umur 40 tahun ke atas dan juga kumpulan warga emas juga menunjukkan peningkatan.

Jelas beliau, pihak kementerian percaya peningkatan ini mungkin disebabkan faktor tahap antibodi terhadap Covid-19 yang menurun selepas beberapa bulan menerima vaksinasi lengkap.

“Situasi ini juga dilihat di banyak negara yang mencapai kadar vaksinasi lengkap yang tinggi.

“Golongan warga emas dan golongan 40 sehingga 59 tahun telah terlebih dahulu menerima vaksin sebelum ini maka tahap antibodi mereka terhadap Covid-19 menurun lebih awal,” katanya.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, bagi memastikan tahap antibodi terhadap jangkitan Covid-19 kekal optimum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan pemberian dos penggalak (booster).

“Sehingga 25 November, sebanyak 1,823,474 dos penggalak telah diberikan malah data terkini daripada kumpulan remaja juga amat memberangsangkan.

“Namun begitu, terdapat juga indikator yang perlu diberi perhatian serius. Di peringkat kebangsaan, bilangan pesakit Covid-19 yang dirawat di fasiliti kesihatan didapati meningkat semula meliputi pesakit semua,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan