24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Inilah rakyat Malaysia pertama miliki ‘darah emas’

Setakat ini hanya terdapat 43 orang sahaja di seluruh dunia yang mempunyai kumpulan darah tersebut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penderma darah wanita di Terengganu didapati memiliki kumpulan darah yang jarang ditemui di dunia yang digelar The Golden Blood atau Rh-null.

Perkara itu didedahkan oleh Facebook Derma Darah Terengganu Kite yang memaparkan wajah pemilik darah tersebut, namun tidak menyebutkan nama penderma berkenaan.

Menurutnya, setakat ini hanya terdapat 43 orang sahaja di seluruh dunia yang mempunyai kumpulan darah yang kali pertama ditemui dalam tubuh seorang wanita Orang Asli di Australia pada tahun 1961.

Manakala penderma itu adalah dipercayai rakyat Malaysia pertama yang mempunyai darah jenis sukar ditemui itu.

“Darah yang didermakan (wanita tersebut) akan dihantar ke Pusat Darah Negara untuk disejukbekukan dan seterusnya akan disimpan dalam peti nitrogen -80 darjah celsius selama 10 tahun.

Advertisements

“Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis berkenaan, maka darah tersebut akan dicairkan untuk digunakan,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Untuk rekod, setiap manusia mempunyai kumpulan darah A, B dan O manakala darah jenis Rh-null yang jarang ditemui dan sehingga kini hanya terdapat sembilan orang yang mempunyai ‘darah emas’ itu sebagai penderma aktif.

Pada awal penemuannya, para doktor menyimpulkan bahawa individu dengan kumpulan ‘darah emas’ tidak mampu bertahan setelah dilahirkan kerana kekurangan antigen Rh yang merupakan fungsi penting dalam badan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan