26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

5,403 kes baharu harian COVID-19 – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 5,403 kes Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,516,255 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menyaksikan berlakunya peningkatan selepas negara merekodkan kes jangkitan di bawah 5,000 kes tiga hari berturut-turut sebelum ini.

“Maklumat terperinci kes jangkitan itu akan dimuat naik dalam laman covidnow dan dikemas kini selepas tengah malam,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada kes baharu tersebut, sebanyak 25 kes melibatkan kes import, manakala 5,378 kes adalah penularan tempatan.

“Dalam pada itu, 102 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,301 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 5,311 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,425,054 atau 96.38 peratus.

“Terdapat 545 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan hari ini membabitkan 504 kes disahkan COVID-19 ; 41 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Baca juga:   KKM akan tambah PPV 'walk-in' vaksinasi kanak-kanak

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 270 kes (199 kes disahkan COVID-19 ; 71 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Di samping itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak lima kluster baharu dilaporkan menjadikan kluster aktif kini mencecah 307 kluster. – Edisi 9

Baca juga:   KKM pastikan PRN Melaka tidak cetuskan gelombang baharu COVID-19

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan