24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

4,239 kes baharu COVID-19, 7 kluster

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian negara merekodkan angka di bawah 5,000 dengan 4,239 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,623,816 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian tersebut, sebanyak 21 kes adalah kes import membabitkan seramai 17 warganegara dan empat bukan warganegara.

“Penularan tempatan membabitkan sebanyak 4,066 kes dengan 3,846 daripadanya adalah warganegara (94.6 peratus) dan 220 bukan warganegara (5.4 peratus).

“Terdapat sebanyak 72 kes yang dilaporkan hari ini (1.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5, sementara 4,015 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 4,984 kes dengan sejumlah 2,532,036 kes kumulatif atau 96.4 peratus,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 507 kes.

Baca juga:   Ujian Covid-19 Ahmad Zahid negatif

“Daripada jumlah itu, 401 kes disahkan COVID-19 ; 106 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Manakala, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 272 kes (175 kes disahkan COVID-19 ; 97 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Dalam pada itu, katanya, terdapat tujuh kluster baharu hari ini, menjadikan kluster aktif kini mencecah 227 kluster. – Edisi 9



Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan