28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

3 maut, 2 cedera nahas 2 kereta di Lebuh Raya Timur Barat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA termasuk dua wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 64, Lebuh Raya Timur Barat berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa di Gerik, Perak, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.49 petang itu turut menyebabkan seorang wanita berusia 30 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia setahun cedera.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya segera menghantar pasukan sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu Perodua Axia dan Perodua Myvi berlanggar dan terdapat lima orang mangsa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, mangsa yang maut adalah seorang lelaki berusia 29 tahun dan wanita berusia 24 tahun yang menaiki Perodua Myvi, selain penumpang wanita dewasa Perodua Axia.

Identiti mereka bagaimanapun belum diperolehi buat masa ini.

Menurut jurucakap itu lagi, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas seperti ‘hydraulic cutter, spreader dan hydraulic ram’.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Gerik menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Ismail itu tamat pada 6.35 petang.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan