25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KPM lantik 3 syarikat bekal kit ujian kendiri bernilai RM9.72 juta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) telah bersetuju memberikan kontrak kepada tiga syarikat untuk membekalkan kit ujian kendiri Covid-19 melibatkan nilai kontrak berjumlah RM9.72 juta.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, penghantaran kit ujian saringan kendiri Covid-19 berkenaan telah disempurnakan oleh semua syarikat ke 140 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh negara.

Menurutnya, pemilihan tiga syarikat tersebut dibuat hasil rundingan dan persidangan Jawatankuasa Rundingan Harga bersama enam buah syarikat pada 10 September lalu.

“Hasil daripada rundingan tersebut, Jawatankuasa Rundingan Harga telah mengenal pasti tiga syarikat yang memenuhi asas pertimbangan yang telah ditetapkan.

“KPM telah mengeluarkan Surat Setuju Terima pada 13 September lalu kepada tiga syarikat yang berjaya dengan nilai kontrak keseluruhan berjumlah RM9.72 juta,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Radzi berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan butiran proses perolehan kit ujian kendiri untuk sekolah-sekolah termasuk kos yang dikeluarkan oleh pihak kementerian.

Menurut Radzi, penghantaran kit ujian saringan kendiri Covid-19 ini telah disempurnakan oleh semua syarikat ke PPD dan JPN seluruh negara pada 25 September lalu.

Advertisements

“Untuk makluman, pembekalan kit ujian ini adalah untuk sesi pembukaan sekolah pada Oktober hingga Disember depan,” katanya.

Radzi turut menjawab pertanyaan soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini berkaitan penggunaan kit ujian tersebut.

Menurutnya, KPM menetapkan pemberian kit ujian pantas (RTK-Antigen) air liur di sekolah harian hanya diberi kepada pelajar mengalami gejala tertentu yang boleh dikaitkan dengan COVID-19.

“Pemberian kit ujian kendiri itu tidak diberikan secara berkala di sekolah harian biasa, tidak seperti sekolah berasrama penuh, yang mana ujian saringan akan dilaksanakan tiga kali iaitu ketika pendaftaran, hari keenam dan hari ke-14.

“Bagi sekolah harian akan dilaksana sekiranya murid menunjukkan gejala. Kalau sampai sekolah nampak sihat, kemudian ada gejala, ini kita kena bagi kit ujian dan sekolah akan asingkan mereka sebelum kita mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Bahkan menurutnya beliau sudah berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) Dan bersetuju jika terdapat kes, kes akan dirujuk kepada pejabat kesihatan daerah bagi tindakan selanjutnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan