34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tak dapat wang, lelaki baru keluar penjara bakar rumah keluarga

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki tempatan bertindak membakar rumah keluarganya sendiri selepas gagal mendapatkan wang daripada ibunya ditahan di Kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao berkata, suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditangkap di sekitar lokasi kejadian kira-kira 6 petang.

Menurutnya, polis menerima laporan mengenai kebakaran itu daripada seorang wanita berusia 37 tahun dan bekerja sebagai kerani pada 3.30 petang

“Menurut wanita itu, dia mendapat maklumat rumahnya di Kampung Bukit Kapar terbakar ketika di tempat kerja sebelum bergegas pulang.

“Setiba di rumah, api sedang marak dan bomba sedang berusaha memadamkan api,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vijaya Rao berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati, rumah terbabit adalah rumah kampung jenis berkembar dua.

“Wanita itu adalah anak saudara suspek dan tinggal bersebelahan rumahnya.

“Sebelum kejadian berlaku, suspek berjumpa dengan ibunya (nenek wanita berkenaan) tidak jauh dari tempat kejadian untuk meminta wang tetapi gagal.

“Sebelum beredar, suspek mengugut akan membakar rumah jika ibunya tidak memberikan wang,” katanya.

Menurutnya, siasatan juga mendapati, suspek adalah seorang penganggur baru keluar dari penjara atas kesalahan dadah.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 15 Oktober ini, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.

Untuk rekod kebakaran membabitkan rumah setingkat, bangunan kelas C itu berlaku pada pukul 3.34 petang semalam

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dan BBP Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Anggaran kemusnahan adalah 90 peratus dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.50 petang. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan