28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

RM120 juta peruntukan bagi menukar lif lama di 67 unit PPR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM120 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar lif lama kepada yang baru di 67 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mengambil berat isu paling besar di bawah projek perumahan rakyat (PPR) iaitu masalah lif rosak.

“Isu ini perlu dipandang serius kerana tanpa lif yang berfungsi dengan baik, kehidupan penduduk PPR pastinya lebih terbeban.

“Kementerian Kewangan juga telah meluluskan RM15 juta bagi menaik taraf taman permainan, longkang, saluran air, jalan raya dan lain lain kemudahan di semua PPR di seluruh Wilayah Persekutuan dan Seri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan program walk about di Perumahan Awam Seri Perak, Sentul, Kuala Lumpur, hari ini. Turut serta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Advertisements

Perdana Menteri berkata, selain itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja mengganti semula pendawaian elektrik yang telah lama dan membahayakan.

“Bagi menaik taraf dataran serbaguna yang meliputi penggantian lantai, lampu-lampu, dan infrastruktur riadah,” katanya.

Di samping itu beliau turut memaklumkan, seluruh PPR di Kuala Lumpur akan mendapat unit lif baru bagi memudahkan kehidupan penduduk bermula tahun hadapan.

“Saya berharap, dengan jumlah yang diperuntukkan kerajaan kepada DBKL mampu menyelesaikan masalah di semua PPR di seluruh Kuala Lumpur,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lelaki didenda RM80,000 guna kelengkapan komunikasi tidak sah

SEORANG usahawan didenda sebanyak RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, kerana menggunakan kelengkapan komunikasi tidak diperakui iaitu SMS...

Lagi Artikel Berkaitan