25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Datuk, dua penjawat awam antara 83 ditahan di pusat hiburan

Turut ditahan 29 pelanggan positif dadah dan 10 wanita warga asing kerana tiada dokumen perjalanan diri sah serta tinggal lebih masa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG ahli perniagaan bergelar Datuk dan dua penjawat awam antara 83 individu yang ditahan dalam tiga serbuan berasingan di tiga pusat hiburan sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang, Johor, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, individu berpangkat datuk berkenaan dan dua penjawat awam yang berusia 35 hingga 41 tahun itu adalah pelanggan pusat hiburan terbabit.

Menurutnya, kesemua 83 individu yang berusia antara 16 hingga 62 tahun itu terdiri daripada tiga penjaga premis pusat hiburan, manakala 80 individu lain ialah pekerja dan pelanggan

“Penjaga premis dikenakan kompaun antara RM10,000 hingga RM25,000 seorang, manakala, pekerja dan pelanggan dikompaun RM2,000 hingga RM5,000 seorang.

“Nilai keseluruhan kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM357,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ayob Khan berkata, dalam serbuan pertama di Kompleks Berjaya Waterfront Stulang Laut, 50 individu diperiksa termasuk “datuk” dan dua penjawat awam dan dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3.

Menurutnya, dalam serbuan berkenaan, turut ditahan 29 pelanggan positif dadah dan 10 perempuan warga asing kerana tiada dokumen perjalanan diri sah serta tinggal lebih masa.

“Dalam serbuan kedua di sebuah kafe di Taman Desa Jaya pula, polis membuat pemeriksaan ke atas 17 individu iaitu seorang penjaga, tiga pekerja warga asing dan 13 pelanggan.

“Penjaga premis dan pekerja kafe berkenaan ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri yang sah serta tidak memiliki permit bekerja,” katanya.

Sementara itu menurutnya, dalam serbuan ketiga di kawasan komersial Southkey Mosaic di sini pula, polis memeriksa 16 individu iaitu seorang penjaga premis dan 15 pelanggan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Johor 4/98, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 25 (n) Peraturan Pendaftaran Negara,” katanya.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan