31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Muhyiddin, isteri terima suntikan dos penggalak

Bekas Perdana Menteri membuat permohonan untuk mendapatkan dos penggalak dan diminta hadir di PPV Arena Axiata hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menerima suntikan dos penggalak COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Muhyiddin, 74, dan Noorainee, 69, tiba di PPV berkenaan pada jam 9.35 pagi dan selesai menerima suntikan dos penggalak Pfizer kira-kira pukul 10 pagi.

Sambil menunggu tempoh pemerhatian, kedua-duanya meluangkan masa berbual dengan remaja yang selesai mengambil vaksin di ruangan menunggu yang sama.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, proses di PPV tersebut berjalan dengan baik dan beliau juga tidak mengalami sebarang kesan segera.

Menurutnya, beliau secara sukarela membuat janji temu melalui aplikasi MySejahtera beberapa hari lepas untuk mendapatkan suntikan penggalak.

Muhyiddin Yassin dan Noorainee Abdul Rahman mengisi borang perakuan sebelum menerima suntikan vaksin penggalak. – Sumber: Facebook

“Selepas itu saya sendiri membuat panggilan untuk bertanya dengan Kementerian Kesihatan dan diberitahu boleh datang hari ini,” katanya hari ini.

Katanya lagi, beliau mendapatkan dos penggalak itu bagi meningkatkan perlindungan memandangkan sudah berusia 74 tahun.

Dalam masa sama, Muhyiddin turut mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun kebanyakan negeri kini berada di Fasa Tiga dan Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara.

“Sesetengah negara seperti United Kingdom mencatatkan peningkatan semula kes baharu dan rakyat Malaysia wajar menjadikannya sebagai iktibar,” katanya. – Edisi 9


Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan