26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Mayat bayi perempuan ditemukan dalam longgokan sampah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan dalam longgokan sampah di sebuah tong sampah di kawasan Flat B4 Taman Bagan, Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

Mayat bayi yang dibalut dengan sehelai kain itu dijumpai oleh seorang penduduk di situ bersama dua lelaki warga Myanmar yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengutip sampah di kawasan flat tersebut pada 9.35 pagi tadi.

Sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, sepasukan polis terus ke lokasi penemuan mayat bayi tersebut dan mendapati mayat bayi dipercayai baru dilahirkan berada dalam longgokan sampah itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner, Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan ibu serta pihak yang membuang mayat tersebut,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata, polis dengan bantuan penduduk setempat juga sedang mencari penduduk di sekeliling yang sedang berpantang lepas bersalin atau yang diketahui hamil bagi membantu siasatan kes itu.-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan