28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

MOTAC buat persediaan terima pelancong luar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang membuat persediaan menerima semula ketibaan pelancong luar termasuk dari Asia Barat dalam suasana persekitaran selamat daripada COVID-19.

Memetik laporan Bernama, Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata MOTAC komited meningkatkan kemudahsampaian pelancong ke negara ini sebaik pembukaan semula pintu sempadan antarabangsa.

“Pelancong dari Asia Barat mendominasi lima kedudukan tertinggi dari segi perbelanjaan per kapita, selain mencatatkan purata tempoh penginapan lebih panjang di negara ini berbanding pelancong dari pasaran lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Kenyataan itu susulan pertemuan Nancy bersama wakil pengurusan dan agensi jualan empat syarikat penerbangan antarabangsa di Asia Barat dalam usaha menjalinkan kerjasama mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Empat syarikat itu ialah Qatar Airways, Saudi Arabian Airlines, Air Arabia dan Emirates Airlines.

Sementara itu, antara perkara dibincangkan pada pertemuan itu adalah strategi dan perancangan mempromosi Malaysia bagi menarik pelancong antarabangsa dari pasaran lain seperti Eropah, Amerika dan Afrika melalui jaringan rangkaian syarikat penerbangan masing-masing. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan