24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes aktif turun, kematian lepasi 27,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes aktif mencatatkan penurunan di bawah angka 130,000 dengan 129,049 kes direkodkan berdasarkan data yang dikeluarkan laman web COVIDNOW setakat semalam.

Ia melibatkan 103,717 kes (80.4 peratus) dikuarantin di rumah, 16,558 kes (12.8 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,947 kes (6.2 peratus) di hospital, 382 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 445 kes (0.3 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan.

Pertambahan sejumlah 12,884 kes sembuh turut direkodkan dengan jumlah kumulatif keseluruhan sebanyak 2,157,565.

Kes kematian negara pula melepasi angka 27,000 dengan 27,113 kes semalam, selepas pertambahan sebanyak 132 kes kematian COVID -19.

Advertisements

Daripada jumlah 132 kes kematian tersebut, terdapat satu kematian sebenar dalam tempoh 24 jam semalam.

Selain itu, 26 kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan, dengan jumlah kes BID sebanyak 5,450 kes.

Dalam pada itu, kesemua kes kematian dilaporkan Pulau Pinang (33), Sarawak (19), Johor (15), Sabah (15), Perak (14), Selangor (13), Kelantan (6), Terengganu (6), Pahang (4), Kedah (3), Perlis (2), Kuala Lumpur (1) dan Melaka (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan