Thursday, June 4, 2026

Kes harian kekal bawah 9,000, Sarawak masih tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes harian negara kekal bawah angka 9,000 dengan 8,817 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sebanyak 2,294,457 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak masih melepasi angka 1,000 dengan 1,361 kes.

“Manakala, Selangor kembali melebihi angka tersebut dengan 1,348 kes dan Kelantan sebanyak 1,063 kes.

“Selebihnya, Johor (886 kes), Sabah (805 kes), Pahang (696 kes), Pulau Pinang (595 kes), Kedah (576 kes), Perak (473 kes), Terengganu (356 kes), Melaka (246 kes), Kuala Lumpur (217 kes) dan Negeri Sembilan (122 kes).

“Perlis pula dengan 47 kes, Putrajaya (23 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya terdahulu pada hantaran Facebook di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh masih melepasi kes harian dengan 15,615 kes menjadikan jumlah kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 2,131,636 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 182 kes (2.1 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 8,635 kes (97.9 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 851 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 395 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Sementara itu, kata beliau, sebanyak 14 lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan 10 daripadanya adalah kluster tempat kerja, kesemuanya dilaporkan di tujuh negeri.

“Selain 10 kluster tempat kerja, empat lagi kluster baharu melibatkan dua kluster komuniti serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

“Tujuh negeri yang merekodkan kluster baharu tersebut ialah Johor, Kedah, Selangor, Kelantan, Pahang, Perak dan Perlis,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan