27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kes baharu meningkat dua hari berturut-turut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA hari berturut-turut jumlah kes baharu positif Covid-19 meningkat.

Hari ini sahaja, sebanyak 8,084 kes baharu dilaporkan berbanding 7,950 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhannya kes terkumpul positif Covid-19 adalah 2,369,613 kes.

Menurut beliau, sebanyak 12,456 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,240,345 kes atau 94.5 peratus.

“Daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 21 kes melibatkan kes import membabitlan seramai 15 warganegara dan enam bukan warganegara.

“Manakala, kes tempatan melibatkan sebanyak 8,063 kes yang melibatkan seramai 7,594 warganegara atau 94.2 peratus dan seramai 469 bukan warganegara atau 5.8 peratus.

Advertisements

“Sebanyak 133 kes (1.6 peratus) adalah dari kategori 3, 4, dan 5.

“Sementara, sebanyak 7,951 kes atau 98.4 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, sebanyak 702 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)(683 kes COVID-19; 19 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan).

“Sementara itu, sebanyak 367 kes memerlukan bantuan pernafasan (286 kes COVID-19; 81 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 17 kluster baharu dilaporkan dengan menjadikan kluster aktif sebanyak 744 kluster.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan