23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Caruman PERKESO dijadikan syarat perbaharui lesen e-hailing

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CARUMAN Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan dijadikan prasyarat untuk memperbaharui lesen e-hailing atau p-hailing di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata, cadangan sedemikian sedang diteliti menerusi kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) demi memastikan keselamatan pekerja di sektor ekonomi gig atau lejang sentiasa dilindungi.

Katanya, dasar caruman PERKESO untuk pekerja di sektor gig akan diwajibkan secara berperingkat bagi memberikan peluang kepada penggiat industri melakukan penyelarasan berkaitan.

“Hal ini kerana sektor gig merekodkan kadar musibah ketika kerja yang sangat tinggi, terutama kemalangan jalan raya, justeru aspek perlindungan sosial harus diperkukuhkan.

“Buat masa ini, caruman tahun pertama dibiayai secara padanan, dengan 70 peratus menerusi subsidi daripada kerajaan, manakala selebihnya oleh pekerja.

“Saya berharap Kementerian Kewangan (MOF) menerusi pembentangan Belanjawan 2022, esok bersetuju untuk terus berikan subsidi bagi tahun pertama pelaksanaan dasar ini atau sekurang-kurangnya memperuntukkan caruman padanan yang sesuai sebagai soft landing (pelaksanaan berperingkat).

Baca juga:   SKSSR bagi caruman suri rumah adalah secara sukarela

“Pekerja gig juga diharap sudah berdaftar untuk teruskan caruman selepas tamat tempoh subsidi kerana jumlah yang dibayar amat rendah jika dibandingkan dengan manfaat apabila berlaku musibah,” katanya, hari ini, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Sambutan Deepavali dan pelancaran syiling peringatan serta album koleksi setem, sempena jubli emas PERKESO, di ibu negara. – Edisi 9

Baca juga:   Kes meningkat, Thailand ambil langkah pencegahan lebih ketat

Terkini

300 ahli Bersatu dan Warisan Putatan mohon sertai UMNO

SERAMAI 300 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Warisan Sabah di kawasan Parlimen Putatan menghantar borang permohonan...

Lagi Artikel Berkaitan