27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

7,276 kes harian, meningkat berbanding semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ANGKA harian kes COVID-19 terus berada di bawah angka 8,000 apabila sebanyak 7,276 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini.

Bagaimanapun, ia mencatat sedikit kenaikan berbanding 6,709 kes baharu direkodkan, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu membawa kepada jumlah keseluruhan 2,353,579 kes positif COVID-19 di Malaysia, setakat ini.

Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 10 kes melibatkan kes import manakala sebanyak 7,266 melibatkan kes tempatan.

“Sejumlah 6,869 kes adalah melibatkan warganegara atau (94.5 peratus) dan sejumlah 397 kes adalah bukan warganegara (5.5 peratus),” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 10,555 kes sembuh dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,217,057 kes atau 94.2 peratus.

“Sementara, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 724 kes (683 kes COVID-19; 41 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan) dan sebanyak 398 kes memerlukan bantuan pernafasan (297 kes COVID-19; 101 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan), “katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 14 kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan sebanyak 783 kluster aktif setakat ini.

Baca juga:   19,819 kes baharu harian tertinggi, 257 lagi kematian

Dalam pada itu, katanya, daripada 7,276 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 150 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

Baca juga:   Alhamdulillah, cahaya hujung terowong sudah kelihatan

“Sementara itu, sebanyak 7,126 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Trend kahwin lewat, kes cerai menurun antara perkongsian DOSM

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) berkongsikan maklumat penduduk di negara ini kini mula berkahwin pada usia lewat 20-an berbanding awal...

Lagi Artikel Berkaitan