25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

49 pelanggan langgar SOP; kompaun RM73,500 dikenakan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 49 pelanggan dikenakan kompaun keseluruhan sebanyak RM73,500 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu menjaga penjarakan fizikal dan mengimbas kod QR.

Kesemua individu tersebut dikesan melanggar perintah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika operasi pematuhan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sekitar bandar raya ini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, polis membuat pemeriksaan di tujuh buah premis dalam operasi yang dijalankan bermula pukul 8 malam.

Katanya, daripada 103 individu yang diperiksa, seramai 49 berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun didapati melakukan kesalahan melanggar SOP ditetapkan.

“Kesemua mereka ini dikesan tidak menjaga penjarakan fizikal ketika berada di dalam premis dan tidak mengimbas kod QR sebelum memasuki premis berkenaan.

“Oleh itu, setiap seorang individu yang dikesan dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang dengan jumlah keseluruhan RM73,500,” katanya lapor Utusan Online.

Raub memberitahu, daripada premis yang diperiksa itu didapati empat daripadanya dikesan gagal menyediakan laluan keluar masuk dan gagal melaksanakan penjarakan fizikal pelanggan.

“Setiap pemilik premis dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM10,000 setiap seorang dengan jumlah RM40,000.

“Keseluruhan kompaun yang dikenakan terhadap 32 lelaki dan 21 wanita termasuk empat pemilik premis adalah sebanyak RM113,500,” ujarnya.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan