32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

15,595 dos penggalak diberi, angka tertinggi setakat semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 15,595 dos penggalak vaksin COVID-19, angka tertinggi diberikan kepada kumpulan sasar sejak dilancarkan pada Khamis lalu berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Dengan pertambahan dos penggalak tersebut menjadikan jumlah kumulatif terkini mencecah 47,728 dos.

Sementara, sebanyak 256,497 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 48,437,608 dos.

Angka harian vaksinasi itu turut membabitkan 212,496 lengkap divaksin dan 28,406 bagi suntikan satu dos.

Ini sekali gus menjadikan 23,265,448 atau 71.2 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Dalam pada itu, 77.4 pula belum lengkap divaksin dan 22.6 peratus lagi tiada vaksinasi.

Mengenai perkembangan jangkitan COVID-19 pula, 5,502 kes harian dilaporkan, semalam, dengan 76 kematian.

Jumlah keseluruhan korban telah mencecah 28,138 kes, dengan 5,680 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Bagaimanapun, kes aktif terus menunjukkan penurunan dengan 3,961 kes dilaporkan.

Secara keseluruhannya, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di seluruh negara mencecah 42.2 peratus atau 329 kes; kes aktif di unit rawatan rapi (61.9 peratus atau 666 kes); dan pesakit COVID-19 diwadkan (66.9 peratus atau 1,228 kes).-Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan