26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Nenek antara 17 ditahan sertai parti liar residensi mewah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang wanita yang sudah berstatus nenek dan mempunyai dua orang cucu antara 17 individu ditahan polis kerana terlibat dalam parti liar di sebuah residensi mewah di Jalan Sultan Ismail Petaling Jaya, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.55 malam itu turut ditemui adalah dadah jenis pil ekstaksi seberat 10.73 gram dan ketamin seberat 2.88 gram.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd. Latif, kesemua tangkapan terdiri daripada lapan lelaki dan sembilan wanita berusia antara 13 tahun hingga 54 tahun.

“Siasatan awal mendapati penganjur parti tersebut adalah wanita berusia 23 tahun bagi menyambut ulang tahun kelahirannya.

“Kita turut mendapati ada antara mereka adalah pelajar sekolah berusia 13 tahun yang mengikut abangnya menyertai parti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Polis sahkan penemuan mayat dua beradik, siasatan dijalankan

Menurut Sahar, soal siasat ke atas penganjur mendapati premis tersebut disewa dengan harga RM350 untuk sehari.

Jelasnya, bagaimanapun, tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung lain hadir.

“Turut dirampas kunci dan kad akses premis tersebut, satu unit pembesar suara dan unit lampu laser.

“Ujian saringan turut dijalankan mendapati sebanyak empat lelaki dan empat wanita yang disahkan positif methaphetamine dan ketamin,” ujar beliau.

Menurutnya, semua pengunjung dikenakan kompaun individu berjumlah RM2,000 di bawah Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (Pelan Pemulihan Negara) (No. 2) 2021.

Baca juga:   Isu harta, nafkah punca isteri kedua bekas pegawai kanan polis buat laporan

“Jumlah keseluruhan kompaun yang dikenakan adalah berjumlah RM34,000.

“Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a). Pemilik kediaman dan penganjur boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, polis memandang serius penyalahgunaan dadah dan aktiviti tidak bermoral.

“Kita mohon kerjasama pihak pengurusan hotel, servis apartment serta kondominium untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti parti liar,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan