30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Konsep kebebasan media bertanggungjawab perlu diamalkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Konsep kebebasan media yang bertanggungjawab perlu di amalkan oleh kerajaan hari ini.

Bagaimanapun, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa, adalah penting untuk KKMM reinvent, rejuvenate dan menjadi lebih kreatif supaya KKMM akan terus menjadi saluran yang berkreadibiliti dan berfungsi dengan efisien.

“Saya berjanji KKMM akan menjadi suara kerajaan dan merasa denyut nadi rakyat.

“Saya akan mengubah KKMM menjadi sebuah kementerian yang bukan sahaja membawa informasi kepada rakyat tetapi juga sebagai satu kementerian yang responsif dan proaktif kepada keperluan rakyat,”katanya menerusi kenyataan media di sini. “

Mengulas lanjut, katanya, beliau bukan sahaja ingin menjadikan KKMM sebagai kementerian yang akan memberikan infromasi yang tepat dan jitu, tetapi juga mahu KKMM menjadi satu kementerian yang proaktif bersama dengan rakyat dan memastikan setiap rakyat tidak kira dimana jua mereka berada mempunyai akses yang berkualiti.

“Dengan semua saluran informasidan mulitmedia tidak akan ada sesiapa yang akan tertinggal dan tidak akan asa yanh diketepikan,”katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, KKMM bukan sahaja menjadi suara kerajaan tetapi merasakan nadi setiap rakyat selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang akan menghubungkan Putrajaya kepada rakyat di setiap pelosok negara, meskipun di kampung yang paling terpencil.

“Tidak ada titik perhentian di dalam dunia informasi dan multimedia kerana kedua-dua industri ini sentiasa berjalan dan sentiasa ke hadapan.

“Sekiranya kita berhenti sejenak, kita akan ketinggalan di belakang, kerajaan mesti di hadapan rakyat kerana rakyat mengharap kerajaan.

“Ini cara saya bekerja dan ini cara dunia berjalan,”katanya.

Jelasnya, ini adalah seiring dengan objektif beliau untuk mengangkat KKMM ke persada yang lebih baharu dan dinamik seiring dengan masa dan keperluan rakyat Malaysia.

“Saya berharap semua kakitangan KKMM bersedia untuk bekerja dan menjadi suara kerajaan yang responsif, seiring dengan aspirasi rakyat untuk bersama membina Keluarga Malaysia,”katanya.

Terdahulu, beliau telah membuat lawatan dan berjumpa mendengar taklimat dan mengadakan sesi libat urus dengan pengurusan tertinggi dan kakitangan semua jabatan dan agensi dibawah KKMM. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan