31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sarawak melebihi 5,000, 19,198 kes hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sarawak merekodkan kes baharu harian COVID-19 melebihi angka 5,000 dengan sebanyak 5,291 kes dilaporkan hari ini.

Dengan angka kes baharu tersebut, menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes baharu harian negara adalah sebanyak 19,198 kes.

Sehingga kini, jumlah positif COVID-19 mencecah 1,979,698 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain Sarawak, negeri lain yang mencatatkan empat digit kes adalah Selangor dengan sebanyak 2,347 kes.

“Diikuti, Johor (2,110 kes), Sabah (1,717 kes), Kelantan (1,435 kes), Pulau Pinang (1,309 kes), Kedah (1,256 kes) dan Perak (1,118 kes).

“Selebihnya, Terengganu (930 kes), Pahang (584 kes), Kuala Lumpur (376 kes), Melaka (340 kes) dan Negeri Sembilan (283 kes).

“Perlis pula (67 kes), Putrajaya (32 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya terdahulu pada Facebook di sini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 20,980 kes sembuh dicatatkan mengatasi kes harian menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada COVID -19 sebanyak 1,721,713 kes.

“Dalam masa sama, sebanyak 1,298 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 744 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.

Beliau berkata, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, sebanyak 253 kes (1.3 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 18,945 kes (98.7 peratus) kategori satu dan dua.

Tambahnya lagi, sebanyak 34 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 17 kluster tempat kerja, 14 kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster keagamaan.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan