24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KKMM sasar setiap DUN miliki satu pusat internet

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyasarkan sekurang-kurangnya setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negara ini dilengkapi dengan kemudahan satu pusat internet atau pusat digital ekonomi.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya akan terus berusaha sedaya upaya untuk memastikan #KeluargaMalaysia, tidak kira dimana jua berada akan mendapat akses kepada kemudahan internet.

“Kita mensasarkan agar setiap DUN di Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya satu pusat internet atau pusat digital ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut beliau menyatakan, selain peruntukan RM3.5 bilion untuk Jalinan Digital Negara (Jendela) di Sabah, mana-mana DUN yang tiada pusat internet secara automatik akan tersenarai bagi pembinaan pusat internet baru.

“Setiap DUN mesti ada sekurang-kurangnya satu, kalau ada dua atau tiga lagi elok,” katanya.

Terdahulu, Annuar dalam kenyataannya di Facebook mengumumkan bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagi memperkenalkan dua pakej baru buat #KeluargaMalaysia.

Langkah berkenaan adalah susulan peningkatan mendadak penggunaan Internet untuk pelbagai urusan seperti aktiviti pembelajaran & e-dagang.

Advertisements

Pakej pertama ialah Pakej Remaja Keluarga Malaysia.

“Pakej ini memudahkan pelanggan remaja dan pelajar, yang kini tidak perlu lagi menambah nilai setiap bulan. Dengan ini, pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah boleh dilakukan tanpa kekangan data.

Manakala, pakej kedua ialah Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

“Kerajaan juga sedar keperluan memiliki alat peranti pintar agar kita tidak ketinggalan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

“Adalah diharapkan agar lebih ramai yang mendapat manfaat daripada pakej ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua pakej berkenaan diharapkan dapat menambah baik kesalinghubungan dengan harga mampu milik dan tahap penyampaian yang lebih berkualiti.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan