32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes harian Covid-19 menurun lebih 2,000 kes

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejumlah 15,549 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menyaksikan penurunan lebih 2,000 kes berbanding 17,577 kes jangkitan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi dengan 2,929 kes diikuti Johor, 2,208 kes.

Menurutnya, Selangor pula di tempat ketiga dengan 1,995 kes berbanding 2,646 kes semalam.

“Lima negeri turut menyumbang lebih 1,000 jangkitan harian Covid-19 iaitu Sabah (1,395 kes), Pulau Pinang (1,375 kes), Kelantan (1,214 kes), Perak (1,120 kes) dan Kedah (1,073 kes).

“Terengganu, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang masing masing mencatatkan hanya tiga digit kes sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Noor Hisham berkata, Labuan menjadi wilayah yang menyaksikan rekod jangkitan paling rendah iaitu 11 jangkitan diikuti, Putrajaya 31 kes dan Perlis 33 kes.

Advertisements

Menurutnya, pertambahan kes harian terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti Covid-19 di negara ini mencecah 2,082,876 kes.

Sementara itu, beliau berkata, jumlah penggunaan katil bukan unit rawatan rapi (ICU) di Selangor hanya mencatatkan 54 peratus sahaja dan angka itu dilihat lebih rendah berbanding Sarawak dan Pulau Pinang di mana masing-masing mencatatkan penggunaan sebanyak 91 peratus.

“Labuan mencatatkan penggunaan katil bukan ICU paling rendah dengan lapan peratus diikuti Negeri Sembilan (29 peratus) dan Melaka (46 peratus),” katanya.

“Manakala, penggunaan katil ICU di Selangor mencatakan sebanyak 82 peratus, Sabah (70 peratus), Kuala Lumpur (93 peratus), Sarawak (88 peratus) dan Johor (73 peratus).

Labuan masih mengekalkan penggunaan katil ICU paling rendah dengan hanya diisi oleh enam peratus pesakit daripada 18 buah katil secara keseluruhan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan