27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Gambar jeti sesak di Kuala Perlis gambar lama

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menafikan kesahihan gambar yang memaparkan orang ramai bersesak di jeti Kuala Perlis seperti yang tular dalam media sosial.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan menjelaskan gambar yang ditularkan berkenaan adalah gambar lama iaitu daripada berita yang disiarkan pada 20 Ogos 2020.

“MOTAC menegaskan gambar yang memaparkan situasi berkenaan adalah palsu serta memberi tanggapan negatif berhubung projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi dan boleh menganggu ketenteraman orang ramai khususnya penduduk Langkawi.

“Orang ramai disaran berhenti daripada menyebarkan berita palsu sebaliknya merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi MOTAC untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial gambar yang menunjukkan orang ramai bersesak dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) di terminal jeti Kuala Perlis.

Baca juga:   Wanita maut ketika bantu mangsa kemalangan

Khamis lepas, Pulau Langkawi kembali menerima kedatangan pelancong apabila dijadikan sebagai projek rintis gelembung pelancongan domestik dan kayu ukur buat pulau peranginan yang lain.

Menurutnya, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu seperti ini.

“Orang ramai boleh merujuk laman sesawang atau media sosial rasmi MOTAC untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan