28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Johor terus terima jumlah vaksin COVID-19 tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Johor terus merekodkan jumlah pemberian vaksin COVID-19 harian tertinggi, dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi di negeri itu.

Semalam, daripada jumlah keseluruhan 227,476 dos diberikan kepada penerima, Johor sahaja menerima sejumlah 11,109 dos pertama, manakala 31,853 bagi dos kedua.

Setakat 12 September, pukul 11.59 malam, daripada jumlah keseluruhan pemberian vaksin tersebut, seramai 76,346 individu telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama.

Manakala, seramai 151,130 individu telah menerima dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka dibawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK).

Sementara itu, berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Sabah telah merekodkan peratusan populasi dewasa bagi dos kedua vaksin COVID-19 dibawah 50 peratus dengan sebanyak 50.1 peratus direkodkan.

Dalam pada itu, seramai 17,177,911 individu telah melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam, atau bersamaan 73.4 peratus populasi dewasa.

Manakala, seramai 21,372,276 individu telahpun menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 atau bersamaan 91.3 peratus populasi dewasa.

Sehingga semalam, sebanyak 38,488,051 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada rakyat Malaysia. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan