26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Guna identiti orang lain, dapatkan vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MELAKA – Tindakan seorang wanita warga Myanmar menggunakan identiti orang lain bagi mendapatkan suntikan dos kedua vaksin di sebuah klinik di Melaka Tengah pada 18 Ogos lepas, terbongkar apabila ditahan polis semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superintendan E Sundra Rajan berkata, suspek berumur 27 tahun itu ditahan kira-kira 2 petang selepas didapati menggunakan pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera yang di daftarkan milik seorang pekerja lelaki dari sebuah syarikat percetakan di Cheng di sini.

Menurutnya, kejadian itu disedari mangsa yang juga seorang warga asing berusia 30-an yang memeriksa maklumat penerimaan vaksin dalam aplikasi tersebut telah dikemaskini dan tercatat telah mengambil dos pertama.

“Lelaki itu telah mengadu hal tersebut kepada majikannya sebelum majikan berkenaan membuat laporan polis yang mendakwa identiti pekerjanya telah digunakan oleh pihak ketiga untuk mendapatkan suntikan vaksin,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baca juga:   Tiga lelaki dicekup, gara-gara urusan jual beli telefon pintar

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pihaknya telah merampas satu kad vaksin atas nama suspek, i-kad bertulis ‘Malaysia Immigration Regulations 1963 Visit Pass’ yang dipercayai palsu, satu salinan kad passport yang telah tamat tempoh dan telefon bimbit .

“Bagaimanapun daripada siasatan lanjut mendapati klinik swasta terbabit telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan untuk memberi suntikan vaksin COVID-19,” katanya.

Katanya, suspek direman selama 17 hari bermula 19 Ogos bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu dengan jalan samaran dan menggunakan identiti individu lain bagi pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Baca juga:   Sejam tolak motosikal ke balai

“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah,”katanya.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan