26.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023

7 PPV tambahan akan dibuka di Johor akhir bulan ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tujuh lagi tambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak dan jangkauan luar akan di buka di Johor menjelang akhir bulan ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, tambahan itu akan menjadikan keseluruhan PPV bergerak dan jangkauan luar di Johor sebanyak 20 buah.

Beliau berkata, usaha itu selaras komitmenprogram jangkauan yang bertujuan mempercepatkan lagi proses vaksinasi di negeri-negeri yang akan berhadapan musim tengkujuh termasuk Johor.

“Setakat semalam, sejumlah 175,360 rakyat negeri Johor telah menerima suntikan vaksin di 13 PPV bergerak dan jangkauan luar sedia ada. 

“Daripada jumlah itu, seramai 89,263 telah menerima dos pertama vaksin, dan 86,097 telah lengkap divaksinasi.

“Apabila PPV tambahan itu di buka kelak, lebih ramai rakyat negeri Johor khususnya di luar bandar akan mendapat suntikan vaksin dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Baca juga:   Banjir : Jumlah mangsa di Pahang dan Perak catat penurunan

Katanya, terdapat sebanyak 364 PPV di negeri Johor dengan jenis berbeza.

Adham berkata, Johor mencatatkan sebanyak  83.1 peratus daripada populasi dewasa yang telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama dan 52.6 peratus yang lengkap divaksinasi.

Menurutnya, kadar purata vaksinasi harian di Johor sepanjang tujuh hari lalu adalah 59,683 dan semalam sahaja, sebanyak 59,240 dos diberikan di seluruh negeri Johor.

“Sepertimana diketahui ramai, bekalan vaksin yang diperolehi negara adalah bergantung kepada stok di peringkat global. 

Baca juga:   Statistik penjawat awam enggan vaksin tumpuan Dewan Rakyat hari ini

“Sukacita dimaklumkan, Johor kini adalah negeri kedua menerima bekalan vaksin terbanyak pada bulan lalu,” katanya.

Katanya, dengan jumlah bekalan ini, beliau pasti usaha pemvaksinan di Johor akan dapat dipertingkatkan lagi. 

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru agar pihak Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) di Johor dapat memastikan kapasiti dan tenaga kerja yang mencukupi di seluruh negeri agar usaha vaksinasi seharian dapat dijalankan dengan baik dan tanpa sebarang gangguan. – Edisi 9 

Wartawan

Terkini

Banjir: APM hantar calon SPM, guru, pegawai terjejas ke sekolah

SERAMAI 16 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan empat orang guru serta seorang pegawai di bawa ke Sekolah Menengah...

Lagi Artikel Berkaitan