31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Usul ordinan darurat dibahas di Parlimen September ini

Mesti Baca

CYBERJAYA – Segala usul untuk membahas dan mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat akan dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadual pada September ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, sebelum ini proses pembatalan ordinan-ordinan tersebut oleh Yang di-Pertuan Agong seperti mana disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu, tidak dapat disempurnakan.

“Adalah dimaklumkan bahawa proses pembatalan ordinan-ordinan darurat
oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepertimana
yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai 2021 tidak
dapat disempurnakan.

“Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan
peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan ordinan-ordinan
darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak
lagi berbangkit.

“Maka, selaras dengan titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan
Persekutuan, suatu usul untuk membahas dan seterusnya
mengungkaikan ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam
sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada bulan September
2021.

“Usul ini yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok
diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinanordinan darurat secara harmoni dan berperlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan