31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Tindakan tegas, perhimpunan Keluar dan #Lawan langgar SOP

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur dan peserta perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di ibu negara semalam kerana didakwa sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa perhimpunan berkenaan telah mengesan insiden-insiden di mana penganjur dan peserta secara jelas melanggar syarat-syarat SOP PPN.

Menurut beliau, mereka juga melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 yang sedang berkuat kuasa.

“Polis telah memulakan siasatan ke atas penganjur dan peserta perhimpunan berkenaan di bawah peruntukan Akta 342 dan akta-akta lain yang relevan.

“Setakat ini, 29 individu telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan manakala beberapa individu lain masih dalam proses dikenal pasti daripada rakaman video dan gambar.

“Kesemua individu yang terlibat diminta memberikan kerjasama dalam siasatan penganjuran perhimpunan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Acryl Sani turut mengesahkan PDRM telah menerima lebih daripada 20 laporan di seluruh negara daripada orang ramai yang membantah perhimpunan berkenaan.

Advertisements

Beliau menambah, PDRM sebelum ini telah beberapa kali memberi peringatan supaya pihak mematuhi SOP PPN demi keselamatan orang ramai serta menyatakan pendirian bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang sengaja melanggar SOP.

“Oleh yang demikian, sikap penganjur dan peserta yang berdegil untuk mengadakan perhimpunan walaupun telah diberikan nasihat agar mengutamakan keselamatan kesihatan merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Lebih-lebih lagi dalam situasi semasa ketika penularan wabak COVID-19 yang memerlukan kerjasama semua untuk dibendung,” jelasnya.

Perhimpunan Keluar dan #Lawan yang tidak mendapat sambutan itu dikecam oleh majoriti rakyat kerana dianjurkan ketika negara masih lagi bergelut dengan pandemik COVID-19.

Sebanyak 17,786 kes positif baharu dan 165 kematian dilaporkan semalam, menunjukkan situasi COVID-19 di negara ini belum reda.

Rakyat bimbang penganjuran perhimpunan tersebut akan mencetuskan kluster baharu ekoran penularan varian Delta yang amat berbahaya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan