25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Terima kasih tetapi saya tidak perlukan pengampunan – Najib

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berterima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil berat tentangnya tetapi menegaskan tidak memerlukan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong kerana yakin beliau tidak bersalah.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga tidak mahu kes-kes mahkamahnya digugurkan begitu sahaja serta ada campur tangan politik kerana mahu menyelesaikannya melalui proses perbicaraan.

“Saya ulang… Saya mahu kes-kes saya melalui proses perbicaraan dan perundangan yang adil dan telus sebab ia satu-satunya cara untuk bersihkan nama saya sepenuhnya.

“Saya tidak mahu kes saya digugurkan begitu sahaja dan saya tidak mahu apa-apa campur tangan politik.

“Saya amat yakin saya tidak bersalah. Sebab itu apa perlunya saya diampun sekiranya saya tak salah? Berani kerana benar,” kata beliau hari ini.

Najib berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai tindakan NGO tersebut yang menghantar memorandum kepada Istana Negara mendesak kesnya digugurkan dan kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri sementara.

Malah Najib menganggap tindakan tersebut adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk ‘mengenakan’ beliau.

“Saya berterima kasih kepada NGO ini sebab mengambil berat tentang saya tetapi saya tak pernah berhubung dengan mereka dan tidak diberitahu tentang petisyen mereka kepada Istana (Negara) pagi tadi,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon Seri Paduka memberi pengampunan diraja kepada beliau dan melantiknya sebagai Perdana Menteri interim.

Baca juga:   Zeti nafi terima dana 1MDB, Najib kata tak boleh dipercayai

Pengerusi PSUAM, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, Najib dicadangkan sebagai Perdana Menteri interim kerana beliau sudah terbukti mampu untuk mentadbir negara dengan baik.

Baca juga:   2 aset Prasarana mula operasi fasiliti PPV

Pada 28 Julai tahun lalu, Najib didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Bagaimanapun, kes tersebut kini di peringkat Mahkamah Rayuan. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan