29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Perak agih bantuan RM1.8 juta kepada sekolah persendirian Cina

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan Perak menyalurkan sebanyak RM1.8 juta bantuan pendidikan untuk diagihkan kepada sembilan sekolah persendirian Cina (SUWA) di negeri itu bagi mengurangkan bebanan kewangan pengurusan yang dihadapi sekolah berkenaan ketika pandemik COVID-19.

Memetik laporan Bernama, Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, bantuan tersebut adalah sebahagian daripada peruntukan RM8.1 juta kepada pelajar sekolah kebangsaan, sekolah mubaligh, sekolah vernakular dan SUWA seperti diumumkan dalam Bajet Perak 2021 pada Disember tahun lalu.

Menurutnya, setiap SUWA menerima peruntukan sebanyak RM200,000 sekali bayar yang bakal memanfaatkan kira-kira 10,000 guru dan pelajar SUWA seluruh negeri Perak.

“Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Shen Jai, Ipoh, Sekolah Menengah Tsung Wah, Kuala Kangsar dan Sekolah Menengah San Min, Teluk Intan.

“Ini adalah komitmen berterusan kerajaan negeri sejak bertahun-tahun dalam membantu sekolah persendirian selain meluluskan remitan cukai tanah dan tunggakan cukai tanah pada kadar norminal RM10 per lot setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media secara maya selepas menyampaikan cek sumbangan bantuan pendidikan SUWA kepada wakil sekolah-sekolah tersebut hari ini.

Saarani berkata, peruntukan berkenaan diharap dapat membantu pihak pengurusan sekolah membiayai program pendidikan demi kebaikan guru dan pelajar dalam keadaan pandemik COVID-19 yang menjejaskan sistem persekolahan sejak hampir dua tahun.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan