27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

Pemandu van KKM maut dalam perjalanan ambil bekalan vaksin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang pemandu van Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maut ketika dia dan tiga lagi rakan sekerja dalam perjalanan mengambil vaksin terbabit dalam kemalangan di kilometer 9.7 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Skudai, Johor, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 11.58 pagi, van dinaiki empat kakitangan KKM itu dalam perjalanan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang ke Hospital Permai, Tampoi.

Memetik laporan Harian Metro, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor berkata, van Toyota Hiace itu dikatakan merempuh belakang sebuah lori Hino dari arah sama menyebabkan pemandu tersepit dan mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“Lima jentera termasuk sebuah Fire Rescue Tender (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dengan kekuatan seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Larkin dan BBP Skudai ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

Baca juga:   Pensyarah ditahan SPRM, beri kontrak RM46,000 kepada keluarga

“Sebaik tiba di lokasi, empat kakitangan KKM ditemukan terperangkap dalam van berkenaan dan anggota bomba menggunakan alatan pemotong khas untuk mengeluarkan semua mangsa dalam tempoh 11 minit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kakitangan KKM yang terbabit dalam kemalangan dikenali pemandu van, Shamsul Shamsuri, 49; Rosnilam Satari, 48; Azlina Mohd Rawi, 41 dan Amelia Pek Ying Hung, 26 manakala pemandu lori dikenali Mohd Asmawi Mohd Marzuki, 31.

Baca juga:   Covid-19: Lembah Klang terima tambahan katil 14 kali ganda

Menurutnya, mangsa yang maut dan cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pada jam 1.24 tengah hari.

Wartawan

Terkini

Peluang melanjutkan pengajian melalui APEL.C – MQA

ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat berpeluang melanjutkan pengajian menerusi laluan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)...

Lagi Artikel Berkaitan