29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kes baharu turun kepada 17,672 kes hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes harian negara turun lagi hari ini dengan 17,672 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,572,765 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor turut merekodkan penurunan dengan 4,316 kes dilaporkan.

“Diikuti oleh Sabah sebanyak 2,474 kes dan Kedah sebanyak 1,602 kes. 

“Seterusnya, Sarawak dengan 1,538 kes, Pulau Pinang (1,451 kes), Johor (1,367 kes), Kelantan (1,176 kes), Perak (952 kes), Kuala Lumpur (891 kes), Pahang (506 kes), Negeri Sembilan (478 kes), Terengganu (470 kes) dan Melaka (363 kes). 

“Sementara, Perlis (57 kes), Putrajaya (24 kes) dan Labuan (tujuh kes),” katanya terdahulu menerusi Facebook di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pesakit yang sedang dirawat dan diasingkan juga berkurangan kepada 260,700 kes termasuk 1,040 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 502 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala, sebanyak 19,053 kes sembuh direkodkan.

Katanya, terdapat 174 kes kematian lagi direkodkan hari ini yang melibatkan 158 warga Malaysia dan 16 warga asing.

“Sebanyak 21 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) direkodkan, menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 14,342 kes,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Jelas beliau, sebanyak 14,337 kes (81.13 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Selain itu, sebanyak 436 kes (2.5 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala sebanyak 17,236 kes (97.5 peratus) kategori satu dan dua berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19.

“Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,”katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 138 kes kategori lima dengan 121 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 108 kes kategori empat dengan 96 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 190 kes kategori tiga dengan 161 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Selain itu, sebanyak 9,005 kes dengan 7,487 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 8,231 kes dengan 6,472 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 30 kluster baharu dikenal pasti lagi, terdiri daripada 18 kluster tempat kerja, 10 kluster komuniti serta dua kluster kumpulan berisiko tinggi.

Sementara itu, katanya, nilai RT Malaysia pada kelmarin menunjukkan sebanyak 1.03 dengan negeri mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.29), diikuti oleh Perlis (nilai 1.24) dan Sabah (nilai RT 1.21).

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Negeri Sembilan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan