31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Slot janji temu lebih banyak daripada vaksin?

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dakwaan berhubung isu penambahan slot janji temu vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin di Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, tindakan itu diambil susulan laporan yang dibuat oleh seorang petugas di PPV berkenaan.

Menurut beliau, berdasarkan laporan polis tersebut, pengadu mendakwa terdapat lebihan penerima vaksin yang tersenarai dalam sistem Mysejahtera berbanding jumlah vaksin yang diperuntukkan kepada PPV tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997.

“Siasatan masih di peringkat awal dan pihak polis sedang dalam tindakan untuk mengambil keterangan daripada beberapa orang saksi yang berkaitan.

“Pihak polis menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan isu ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Kamaruddin menambah, selaras dengan usaha memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya direalisasikan, orang ramai adalah dinasihatkan supaya sentiasa memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada kerajaan.

Baca juga:   Sindiket pengedaran dadah antarabangsa guna krayon tumpas

Beliau menegaskan, pihak polis tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha untuk mensabotaj program yang sedang dilaksanakan sama ada untuk kepentingan individu atau sebaliknya.

“Tindakan tegas sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati ingkar,” jelasnya. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan