29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Selangor, KL kekal penyumbang kes harian tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Selangor dan Kuala Lumpur kekal menjadi penyumbang kes harian Covid-19 tertinggi sekaligus menjadikan kes harian seluruh negara hari ini mencecah 7,097 kes.

Biarpun kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), Selangor hari ini merekodkan 3,119 kes manakala Kuala Lumpur pula sebanyak 1,005 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, turut mencatatkan kes yang tinggi adalah Negeri Sembilan iaitu sebanyak 788 kes.

Beliau berkata, lain-lain negeri pula mencatatkan jumlah harian di bawah 500 kes iaitu Melaka (358), Sarawak (289), Pahang (258), Sabah (244), Johor (224), Kedah (198), Perak (187), Pulau Pinang (140) dan Kelantan (123).

Sementara itu, empat negeri mencatatkan kes harian di bawah 100 iaitu Labuan dengan 93 kes, Terengganu (43), Putrajaya (26) dan Perlis dengan dua kes.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes harian tersebut, 26 kes merupakan kes import.

“Terdapat 91 kes kematian direkodkan, yang turut melibatkan warga asing berusia antara 25 hingga 98 tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 sebanyak 5,768 kes ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 18 kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini, terdiri daripada sembilan kluster komuniti, enam kluster tempat kerja, satu kluster pendidikan tinggi dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi. 

Menurut beliau,  angka aktif dengan kebolehjangkitan juga melonjak tinggi kepada 74,344 kes termasuk 948 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 441 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Berkenaan dengan data kadar kebolehjangkitan kelmarin, Noor Hisham memaklumkan, nilai RT Malaysia yang dicatatkan adalah sebanyak 1.08.

“Negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Putrajaya  dengan nilai RT 1.25, manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Pahang (nilai RT 1.18), Kuala Lumpur (nilai RT 1.16) dan Selangor  dengan nilai RT 1.12.

“Manakala, Kedah  dengan nilai RT 1.11, Melaka (nilai RT 1.08), Sabah (nilai RT 1.04), Pulau Pinang (1.03) dan Negeri Sembilan (nilai RT 1.01),” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan