29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Sanggup beratur panjang beli persiapan Aidiladha

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

CYBERJAYA – Suasana menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha Selasa ini tetap meriah walaupun negara masih bergelut dengan situasi pandemik COVID-19.

Malah, tinjauan Edisi 9 di sebuah pasar raya komuniti di Selangor mendapati orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli barangan keperluan.

Seorang pengunjung, Fauzi Kamar berkata, dia sanggup menunggu selama 30 minit sebelum dapat masuk ke dalam pasar raya.

“Barisan terlalu panjang. Tidak seperti hari kebiasannya. Mungkin faktor Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor telah tamat menyebabkan orang ramai mengambil peluang untuk keluar.

Advertisements

“Terima kasih kerajaan Malaysia, sekurang-kurangnya dapatlah membeli barangan keperluan bersama isteri,” jelasnya ketika ditemui di sebuah pasar raya di Sungai Buloh, pagi tadi.

beratur panjang
Orang ramai beratur panjang dengan mematuhi penjarakan fizikal bagi membeli barangan kepeluan di sebuah pasar raya komuniti di Sungai Buloh pagi tadi. Foto : Edisi 9 / Mohd Naim Aziz

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penamatan PKPD di semua 34 daerah negeri Selangor bermula 17 Julai.

Berkaitan keputusan itu, Selangor kembali ke Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan dalam fasa tersebut.

Kelonggaran itu memberi kelegaan kepada penduduk Selangor lebbih-lebih lagi menjelang Hari Raya Korban walaupun larangan merentas negeri dan daerah masih berkuat kuasa. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan