32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kementerian Kesihatan tambah 5 ambulans di HTAR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah lima buah lagi ambulans di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) susulan penggunaan ambulans yang luar biasa di hospital berkenaan.

Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, dalam keadaan darurat pada masa sekarang, penggunaan kenderaan kecemasan itu dalam keadaan luar biasa di mana panggilan diterima sangat banyak.

“Ia mengakibatkan, permintaan mengatasi keupayaan sedia ada.

“Oleh itu, KKM telah membuat keputusan untuk menambah lima buah lagi ambulans untuk kegunaan di HTAR,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan, perkhidmatan pre-hospital care yang disediakan oleh KKM, di mana MECC adalah pusat yang menyelaras perkhidmatan ambulans sama ada dari hospital atau klinik kesihatan.

“Arahan respon apabila menerima panggilan kecemasan dari lokaliti yang telah dikenal pasti dibuat kepada Jabatan Kecemasan dan Trauma atau dari klinik yang terdekat dengan lokaliti kes,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan bertajuk Crumbling System: HTAR Ambulans Shortage Leaves Klangites At Mercy of COVID-19 seperti dilapor oleh media semalam. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan