25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

NGO nyatakan sokongan kepada kepimpinan Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menyatakan pendirian terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NGO berkenaan adalah Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Tenggara, Kota Tinggi dan Persatuan Kebajikan Wanita Parit Sulong, Batu Pahat.

Dalam masa sama, kedua-dua NGO berkenaan turut menyelar cubaan pihak-pihak tertentu yang ingin menggulingkan kerajaan.

Pengerusi Prihatin Tenggara, Jawahir Husein berkata, Perdana Menteri telah memimpin kerajaan sebaiknya dalam Pasca COVID-19 dan memberi tumpuan kepada kebajikan serta kesihatan rakyat.

“Dalam keadaan pendemik yang semakin mencabar ditambah pula dengan tekanan politik yang cuba mengganggu-gugat usaha kerajaan, kami menyeru kepada semua rakyat dan kepimpinan parti dari kerajaan mahupun pembangkang supaya memberi tumpuan kepada usaha menangani penularan COVID-19.

“Di samping itu, terus membantu rakyat yang kesempitan atas pengorbanan mereka bersama mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Oleh itu kami menyeru semua pihak agar mengetepikan segala kepentingan politik pada masa ini dan bersatu padu dalam mengekalkan kesejahteraan negara dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Katanya lagi, sebagai sebuah pertubuhan kebajikan yang mementingkan kebajikan rakyat dan kestabilan negara kami tidak mahu ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan memberi ancaman kepada kestabilan politik tanahair.

Baca juga:   Cabar Proklamasi Darurat: Kemuncak keterdesakan Anwar?

“Ini kerana kami mahukan kesejahteraan rakyat dan negara, kami berdiri teguh bersama kepimpinan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memberi fokus kepada menangani pendemik COVID-19 dan membaikpulih ekonomi negara.

“Justeru itu kami berharap seluruh rakyat dapat bersatu padu dan berdoa agar kita berjaya melawan virus ini dan seterusnya membina kembali ekonomi negara yang lebih kukuh dan cemerlang serta memupuk suasana politik yang lebih stabil,” katanya.

Baca juga:   Bantu rakyat, pulih ekonomi tumpuan kerajaan PN

Pandangan yang sama, turut dikongsikan Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita Parit Sulong, Sarmila Amir yang mahu semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengenepikan hal politik yang berlainan pendapat bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negara.

“Kami akan sentiasa bekerjasama dan sentiasa berfikiran terbuka bagi memastikan negara dapat menangani ancaman wabak COVID-19.

“Justeru itu kami berharap agar semua masyarakat setempat dapat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan sama- sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Semua pihak elak tindakan provokasi di Laut China Selatan

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan agar semua pihak perlu mengelak daripada melakukan sebarang tindakan berunsur provokasi...

Lagi Artikel Berkaitan