28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes Covid-19 kekal dengan angka 6,000 – KP Kesihatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes harian negara pada hari ini, terus kekal dengan angka melebihi 6,000 iaitu dengan 6,658 kes baharu telah direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus merekodkan angka tertinggi sebanyak 3,047 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 699 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 616 kes.

“Manakala, Johor merekodkan sebanyak 414 kes; Sarawak (361 kes), Melaka (345 kes), Sabah (322 kes), Pahang (200 kes), Kedah (145 kes), Pulau Pinang (142 kes), Labuan (108 kes) dan Perak (101 kes),”katanya menerusi ciapan Twitter di sini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, Perlis merekodkan angka kes terendah dengan dua kes, bagaimanapun, Kelantan masih merekodkan kes dua angka iaitu 89 kes diikuti Terengganu (51 kes), Putrajaya (16 kes) dan Perlis (dua kes).

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata, terdapat 19 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 16 kluster tempat kerja, dua kluster komuniti dan satu kluster pusat tahanan. 

Advertisements

“Kluster tersebut ialah Kluster Industri Seri Kembangan (144 kes), Kluster Jalan Haji Taha (121 kes), Kluster Industri Sungai Sembrong (68 kes), Kluster Industri Taming Jaya (52 kes), Kluster Jalan Sri Raya (51 kes) dan Kluster Jalan Tech Valley Satu (40 kes).

“Selain itu, Kluster Jalan Harmonium Tebrau (19 kes), Kluster Lingkaran Syed Putra (16 kes), Kluster Jalan Songsang (15 kes), Kluster Industri Jalan Murni 12 (14 kes), Kluster Zone B Selatan (14 kes) dan Kluster Industri Jalan Sultan (13 kes).

“Selebihnya melibatkan Kluster Perindustrian Bakri Tiga (12 kes), Kluster Nusa Perintis Enam (11 kes), Kluster Lorong Perusahaan Empat (sembilan kes), Kluster Jalan Nagasari Satu (enam kes), Kluster Dah Mata Ayer (25 kes), Kluster Kampung Jaya Setia Badang (13 kes) dan Kluster Pagar Tebedu (29 kes),”katanya.

Beliau menambah, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 juga terus meningkat kepada 66,958 kes.

“Sebanyak 892 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala 443 kes memerlukan bantuan pernafasan,”katanya – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan