25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Surat pengesahan kementerian, agensi disenarai sahaja – PDRM

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menerima surat pengesahan daripada kementerian dan agensi yang disenaraikan sahaja untuk melepasi sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mulai 8 Jun ini.

Menurut beliau, surat pengesahan daripada kementerian dan agensi terbabit sahaja yang diterima pakai sebagai bukti yang membolehkan pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja.

Senarai kementerian dan agensi berkenaan adalah seperti berikut:

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan;

Kementerian Pengangkitan bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan;

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi sektor pertanian/ perikanan/ penternakan/ perladangan dan komoditi. Kementerian hanya akan mengeluarkan surat pengesahan kepada pekebun kecil bagi yang mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), surat pengesahan akan dikeluarkan oleh Sistem Pengurusan Pintar COVID-19 (CIMS 3.0) MITI;

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi seperti kelapa sawit/ getah atau sebagainya bagi pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh kementerian atau LGM. Bagi pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI CIMS 3.0;

Bank Negara Malaysia bagi sektor institusi kewangan/ insurans;

Suruhanjaya Sekuriti yang berkaitan sektor urus niaga saham;

Pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil/ penjaja gerai makanan/ food truck. Pengeluaran lesen berniaga bagi pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitawsi surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI CIMS 3.0;

Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi perkhidmatan telekomunikasi/ media/ pos/ kurier dan penyiaran;

Kementerian Dalam Negeri bagi semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang berada di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan sebagainya akan diterima pakai bagi kebenaran pergerakan; dan

PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kematian, kecemasan dan bekerja sendiri.

Acryl Sani menambah,dokumen pengesahan hendaklah bertarikh mulai 1 Jun 2021 manakala pihak yang tiada sebarang dokumen yang sah atau telah tamat tempoh iaitu sebelum 1 Jun 2021 akan diarahkan berpatah balik.

Menurut beliau, bagi pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara atau penjaja tepi jalan yang tiada majikan, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis secara one off mulai 1 hingga 14 Jun.

“Bagi pekerja di sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu untuk ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen atau invois pembayaran gaji dan sebagainya, kebenaran oleh PDRM akan diberi secara one off iaitu bagi tempoh dua hingga tiga hari sahaja.

“Surat pengesahan daripada majikan perlu dikemukakan sebagai bukti,” jelasnya dalam kenyataan media, hari ini.

Acryl Sani berkata, bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan seramai 20 peratus, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui MITI CIMS 3.0.

Beliau memberitahu, pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dalam kes-kes baharu (reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di sekatan jalan raya.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Acryl Sani berkata, PDRM mengingatkan orang ramai agar mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh kementerian atau agensi yang telah disenaraikan ketika melalui sekatan jalan raya.

Menurut beliau, mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“PDRM juga memohon masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha melandaikan lengkuk penularan wabak COVID-19.

“Sekiranya terdapat aduan mengenai pematuhan dan pelanggaran SOP PKP, salurkan melalui Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) di talian 03-80008000 atau melalui e-mel kepada [email protected] atau [email protected],” ujarnya. – EDISI 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan