28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Najib minta bank lebih berhati perut ketika rakyat susah

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Razak meminta kerajaan mengarahkan bank-bank agar lebih berhati perut ketika negara sedang melaksanakan sekatan pergerakan penuh ekoran Covid-19.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketika rakyat sedang menghadapi kesukaran seperti hari ini, bank-bank tidak sepatutnya membuat satu panggilan pun untuk mengejar bayaran atau mengugut menarik sebuah kereta.

“Dalam tempoh lockdown dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini, bank tidak patut membuat satu panggilan pun untuk mengejar payment atau ugut tarik sebuah kereta.

“Pelanggan bank tak lari ke mana dalam tempoh ini. Nak lari keluar negara atau ke negeri lain pun tidak dibenarkan. Paling jauh nak lari pun ialah ke pusat kuarantin atau hospital.

“Harap kerajaan akan arahkan bank untuk lebih berhati perut dalam tempoh ini agar mereka yang terdesak diberi sedikit ruang untuk bernafas,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Advertisements

Najib turut kesal dengan apa yang terjadi terhadap restoran PappaRich yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia yang dikenakan tindakan muflis oleh sebuah bank baru-baru ini.

“Saya tidak mengetahui lebih mendalam dengan situasi kewangan sebenar kumpulan PappaRich ini tapi pendapat saya ialah ianya tidak betul, tidak adil dan tidak patut bahawa bank-bank Malaysia masih bersungguh-sungguh untuk mufliskan satu persatu pelanggan mereka di tengah total lockdown atau PKP,” katanya.

Sebelum itu Ahli Parlimen Pekan itu sedih apabila restoran Coliseum yang menjadi ikonik di ibu negara dan bersejarah terpaksa ditutup sebelum ulang tahun ke-100 akibat kesan daripada pandemik Covid-19 yang berpanjangan.

“Terfikir-fikir saya berapa banyak lagi restoran dan warung di Malaysia yang sudah, sedang dan akan menghadapi nasib yang sama?” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan