26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Perancah besi di Lebuh Raya DASH jatuh, dua pekerja cedera

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Dua pekerja pembinaan dipercayai cedera selepas perancah besi atau scaffolding lebuh raya yang sedang dalam pembinaan runtuh berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) susur keluar Kota Damansara, malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.14 malam.

Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa yang merupakan lelaki warga Bangladesh berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun yang sedang melakukan kerja di bawah struktur itu.

“Berdasarkan laporan awal, runtuhan konkrit yang sedang dalam pembinaan itu telah runtuh dari ketinggian 12 meter,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk menerima rawatan.

Advertisements

Sementara itu, Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (Prolintas) dalam satu kenyataan pada Sabtu, mengesahkan kejadian tersebut.

“Dua pekerja warga Bangladesh cedera dan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

“Insiden tidak membabitkan pengguna lebuhraya atau orang awam kerana ia berlaku di dalam kawasan pembinaan yang bertutup.

“Pasukan Emergency Response Team (ERT) DASH telah berada di tapak kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan perancah besi yang terlibat,” kata Prolintas yang merupakan pemaju bagi projek Lebuh Raya DASH.

Prolintas turut memaklumkan, arahan pemberhentian kerja di tapak pembinaan telah dikeluarkan dengan serta-merta.

“Pihak pemaju dan kontraktor utama terlibat akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib dalam melakukan siasatan,’’ katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan