27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Lepasi 150,000: vaksinasi kini menuju 200,000 dos sehari

Mesti Baca

CYBERJAYA – Program Imunisasi Covid-109 Kebangsaan (PICK) kini menuju 200,000 dos suntikan vaksin sehari selepas berjaya melepasi angka 150,000 semalam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, peningkatan kapasiti berterusan di Lembah Klang akan meningkatkan jumlah suntikan harian.

“Suntikan harian bagi 8 Jun (semalam) melepasi 150,000. Ini menggerakkan jumlah pemberian ke arah 200,000 sehari.

“Peningkatan kapasiti berterusan di Lembah Klang akan meningkatkan jumlah dos harian,” kata beliau yang juga Menteri Penyelaras PICK menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan jumlah suntikan semalam iaitu sebanyak 151,309 dos adalah rekod baharu yang dicatatkan.

Jawatankuasa itu berkata, angka tersebut melepasi sasaran 150,000 dos sehari seperti ditetapkan.

Katanya, 151,309 dos yang diberikan semalam, 105,722 untuk penerima suntikan pertama manakala 45,587 dos lagi bagi pemerima dua dos.

Pemberian dos vaksin COVID-19 tertinggi sebelum ini direkodkan pada 3 Jun lalu apabila 117,563 dos diberi.

Angka itu genap 100 hari selepas pelaksanaan PICK akhir Februari lalu.

Khairy sebelum ini memaklumkan kerajaan meletakkan sasaran pemberian 300,000 dos vaksin sehari pada Ogos.

Dengan itu, sasaran imuniti kelompok mampu dicapai lebih awal berbanding sasaran asal.

Dengan bekalan vaksin yang tiba lebih banyak, kerajaan meletakkan sasaran 150,000 dos diberikan sehari.

Sementara itu sebahagian daripada petugas media mula mendapat suntikan dos pertama hari ini menerusi program khas yang disediakan JKJAV.

Mereka terdiri daripada kalangan wartawan dan jurugambar yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan menerima suntikan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan